Siapakah Imam Mahdi Itu ? Baca Penjelasan Habib Umar Bin Hafidz

Artikel ini bersumber dari salah satu isi ceramah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz tentang  Al Imam Muhammad Bin Abdullah Al Mahdi.

Siapakah Imam Mahdi Itu ? Baca Penjelasan Habib Umar Bin Hafidz

Berikut penjelasan beliau dalam ceramahnya:

Diantara perkara pertama muncul dari pada tanda tanda besar hari kiamat, selepas bumi ini dipenuhi dengan kejahatan dan kedzaliman adalah Allah mengutus Al Imam Muhammad Bin Abdullah Al Mahdi yang kemudian bumi ini dipenuhi dengan kebaikan dan keadilan.

Kemudian individu ini tidak membawa kehebatan dirinya, dan tidak mencari kedudukan dan berusaha untuknya.

Beliau adalah insan bertakwa, beriman dari pada keluarga Nabi Muhammad SAW, tunduk, zuhud, melazimi ketaatan, berpengetahuan luas tentang Al Qur’an dan As Sunnah, pemilik sanad dan ilmu.

Allah mempersiapkanya dalam masa satu malam. Dikenali dengan beberapa tanda lalu dipanggil untuk memimpin demi menyelamatkan ummat ini.

Dirasakannya perkara ini agung. Beliau bimbang serta melarikan diri. Sehingga disebut beliau melarikan diri dari Mekkah ke Madinah kemudian beliau kembali lagi.

Dan para ulama’ berasa tertarik di dalam hadits ini, disebutkan bahwa pada hari sama beliau pergi antara Madinah dan Mekkah.

Sedangkan pada masa itu tiada kemudahan pengangkutan, contohnya seorang pergi dari Mekah ke Madinah memerlukan 8 hari dan pulang 8 hari yang lain.

Sedangkan beliau pergi dan pulang dalam sehari. Kemudian ketika orang orang baik dan berilmu hakiki yang berbaki dari para mereka mendapatinya, mereka meyakini akan sifat sifatnya seraya berkata : 
“Inilah orang yang dicari”

Mereka datang kepadanya dan berkata : 

“Sampai bila akan dibiarkan ummat dalam keadaan begini ? Izinkanlah kami berjanji setia atau kami keluarkan pedang kepadamu !”

Beliau pun menghulurkan tangannya diantara Rukun Yamani dan Maqam Ibrahim disisi Ka’bah . Seolah aku disana antara Maqam Ibrahim dan Rukun Yamani, setiap orang baik berjanji setia dengannya.

Allah menyegarkan kembali dengannya agama datuknya. Syiar agama dan ibadahnya juga kembali hidup.

Beliau tidak mendakwa dan tidak takabbur dan tidak menginginkan dunia dan tidak berkata kepada orang ramai “Berjanji setialah kepadaku !” tidak juga beliau mengatakan “Datanglah kepadaku !”

Dan bukan slogan politik, slogan murahan ataupun apa apa saja seumpamanya. Orang baik, bersih, ahli ibadah,zuhud serta orang yang bertaqwa.

Allah jadikannya untuk memikul amanah lalu beliau memikulnya serta melaksanakan secara sepatutnya. Sehinggalah ketika orang ramai masih kacau bilau, tentara datang menuju kepadanya. Mereka hendak memeranginya, sehinggalah mereka berada diantara Madinah dan Mekkah, dipadang pasir lalu mereka ditenggelamkan. Mereka ditenggelamkan dari awal sehingga akhirnya.
 
--------------------------------------
Artikel ini bersumber dari salah satu video taklim beliau Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz.

Mohon maaf apabila terdapat kesalahan atau kekurangan didalam terjemahan maupun penjelasan, bagikan jika ini bermanfaat untuk kebaikan ummat

Post a Comment

0 Comments